Nothing On Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
aku budak nerd yg join geng mafia utk kelihatan comel .. aku ta brape nak hensem mcm mat² rempit dan budak budak degree kat luar sane tu . puii ! penulisan yg berbentuk sakai dan bebal sgt diminati .. so forever alone ! nenenepupu ^^v

really appreciated it ! xoxo :)

Monday 17 June 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Friday 22 February 2013

perkongsian dari member . lol !

saya kenal gf saya thru facebook on may 2012 .. on 17august 2012 .. dia start chat ngan saya for the first time . then tukar2 number hp .. dia caring,baik,cantik,cute .. forgot to mention , she was my first love .. kitorang texting je , tapi x pernah jumpa till one day . dia datang kat tempat kerja saya on 21.12.2012 .. memang nervous sebab x pernah ada gf for the first time , perempuan bagi hadiah she gave me a badge ..

our first date in 26th january 2013 .. my first date , her first date either .... tapi saya ni ada masalah sikit ... trust issue .. selalu saya tuduh dia curang sebab dia ni friendly sangat .. kadang2 minta no laki .. walaupun dia x curang .. tapi bila dia minta no laki .. memang sakit hati .. dia ni macam x pandai nak jaga hati her partner .. we've been together for almost 7 months .. but on 22nd february 2013 .. dia minta break up xtau la apa salah saya .. dia nak saya berhenti merokok .. saya dah berhenti .. apa yang dia nak .. semua dah buat ..

its ok .. i still have my family i love them 


p/s : bagus mamat ney dy move on .. hidup sebenarnya senang jika kita mintak dipermudahkan . rabbi yassir wala tuassir . okay mcm takde kena mengena . kbye =='

Wednesday 16 January 2013

cari gaduh .

bismillahhirrahman nirrahim .
ayat pembuka bicara yang paling afdal .

air muka semakin menunjukkan kematangan yg sesuai dengan umur sekarang .
walaupun dah nak masuk 21 ikut tahun , muka aku maintain comel kiut miut puii .
kene sedar umur semakin meningkat .
kene kuat semangat nak habiskan belajar .
aku tahu aku dah tertinggal ke belakang sikit . 
aku terima sebagai cabaran . yeah !

masalah belajar , aku dah cuba tangani dengan berhati-hati .
jangan biarkan tersilap langkah melangkah ke katil . 
pastikan langkah kaki dimulakan ke tandas , supaya cergas nak ke kelas .

subjek sem 4 agak menarik dgn lab2 yang memerlukan kepakaran aku sebagai seorang chef .
jangan salah faham .
aku bukan blaja sbb nak jadi tukang masak .
kami lebih dikenali sbgai food technologies atau selayaknya major kami bidang scientist .
aku tak sangka aku sedang dibentuk utk menjadi seorang ahli sains . 
mohon aku tak jd scientist yg cap ayam .
insyaAllah .

agak menarik bila hidup disinari dengan lab2 report ibarat gula dan teh . 
air panas boleh siram kat group member yg kaki mengepau makanan sebelum sempat dianalisis . lol
hidup juga semakin bahagia dengan adanya test2 yang berderet mintak dibelai .
sorry aku tak dapat belai dgn sepenuh kasih sayang sebab aku sendiri kurang kasih sayang . kahkah

dengan adanya komitmen yg lebih kearah pelajaran aku , mohon faham bila aku habiskan waktu2 terluang aku dgn tidur .
jangan kau nak menyemak kat bilik aku buat bising . 
akan ada botol2 kosong yg akan mencium dahi jendul korang .
pantang orang kacau aku nak berasmaradana dengan selimut neelofa aku . lol

semoga rakan sekelas baru yg handsome dan cun2 dapat bantu diri yg serba kekurangan ney utk habiskan baki 2sem lagi . 
majulah foodtech demi industri makanan . herher


sedikit muqadimah bersama . lol !



jum ikut ! :D