Nothing On Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
aku budak nerd yg join geng mafia utk kelihatan comel .. aku ta brape nak hensem mcm mat² rempit dan budak budak degree kat luar sane tu . puii ! penulisan yg berbentuk sakai dan bebal sgt diminati .. so forever alone ! nenenepupu ^^v

really appreciated it ! xoxo :)

Monday, 17 June 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Friday, 22 February 2013

perkongsian dari member . lol !

saya kenal gf saya thru facebook on may 2012 .. on 17august 2012 .. dia start chat ngan saya for the first time . then tukar2 number hp .. dia caring,baik,cantik,cute .. forgot to mention , she was my first love .. kitorang texting je , tapi x pernah jumpa till one day . dia datang kat tempat kerja saya on 21.12.2012 .. memang nervous sebab x pernah ada gf for the first time , perempuan bagi hadiah she gave me a badge ..

our first date in 26th january 2013 .. my first date , her first date either .... tapi saya ni ada masalah sikit ... trust issue .. selalu saya tuduh dia curang sebab dia ni friendly sangat .. kadang2 minta no laki .. walaupun dia x curang .. tapi bila dia minta no laki .. memang sakit hati .. dia ni macam x pandai nak jaga hati her partner .. we've been together for almost 7 months .. but on 22nd february 2013 .. dia minta break up xtau la apa salah saya .. dia nak saya berhenti merokok .. saya dah berhenti .. apa yang dia nak .. semua dah buat ..

its ok .. i still have my family i love them 


p/s : bagus mamat ney dy move on .. hidup sebenarnya senang jika kita mintak dipermudahkan . rabbi yassir wala tuassir . okay mcm takde kena mengena . kbye =='

Wednesday, 16 January 2013

cari gaduh .

bismillahhirrahman nirrahim .
ayat pembuka bicara yang paling afdal .

air muka semakin menunjukkan kematangan yg sesuai dengan umur sekarang .
walaupun dah nak masuk 21 ikut tahun , muka aku maintain comel kiut miut puii .
kene sedar umur semakin meningkat .
kene kuat semangat nak habiskan belajar .
aku tahu aku dah tertinggal ke belakang sikit . 
aku terima sebagai cabaran . yeah !

masalah belajar , aku dah cuba tangani dengan berhati-hati .
jangan biarkan tersilap langkah melangkah ke katil . 
pastikan langkah kaki dimulakan ke tandas , supaya cergas nak ke kelas .

subjek sem 4 agak menarik dgn lab2 yang memerlukan kepakaran aku sebagai seorang chef .
jangan salah faham .
aku bukan blaja sbb nak jadi tukang masak .
kami lebih dikenali sbgai food technologies atau selayaknya major kami bidang scientist .
aku tak sangka aku sedang dibentuk utk menjadi seorang ahli sains . 
mohon aku tak jd scientist yg cap ayam .
insyaAllah .

agak menarik bila hidup disinari dengan lab2 report ibarat gula dan teh . 
air panas boleh siram kat group member yg kaki mengepau makanan sebelum sempat dianalisis . lol
hidup juga semakin bahagia dengan adanya test2 yang berderet mintak dibelai .
sorry aku tak dapat belai dgn sepenuh kasih sayang sebab aku sendiri kurang kasih sayang . kahkah

dengan adanya komitmen yg lebih kearah pelajaran aku , mohon faham bila aku habiskan waktu2 terluang aku dgn tidur .
jangan kau nak menyemak kat bilik aku buat bising . 
akan ada botol2 kosong yg akan mencium dahi jendul korang .
pantang orang kacau aku nak berasmaradana dengan selimut neelofa aku . lol

semoga rakan sekelas baru yg handsome dan cun2 dapat bantu diri yg serba kekurangan ney utk habiskan baki 2sem lagi . 
majulah foodtech demi industri makanan . herher


sedikit muqadimah bersama . lol !



Wednesday, 26 December 2012

penyeluk masa .

dah lama tak menulis . rasa kekok mcm first time dating setelah lama takde aweks . lul

aku nak ckp sikit ney . 
cerita sini habis sini jela ea ?
kat sini la tempat benda privacy slalu diceritakan .
aku tau ada yg akan baca apa aku tulis . tp tak kesah la sebab bukan famous sangat pon . harhar !

aku suka merepek sebenarnya pastu takde sape yg nak layankan .
so aku merepek jela sengsorang .
korang kalau rasa nak bunuh diri , singgah la dulu baca post2 aku . hewhew
lepas baca , mesti lupa nak terjun bangunan . 

sebenarnya aku ada problem sikit dengan orang . 
orang yg tak abes2 ckp aku hotstuff PHUII ! lagi2 kat tempat aku blaja .
padahal kerja aku pergi balik kelas pastu tido je .
tade pon mencapap sane sini .

Ada orang ckp la kan : SETIAP ORANG ADA CARA UNTUK DIKENALI .

aku rasa sebab aku kenal ramai orang je kot kat situ .
yela dah nama pon komander .
byk join aktiviti dgn student lain .
pape pon jgn la salah paham dgn aku ney .
aku tak kacau anak dara orang pon . 
kalau kacau pon , adat la suka usha2 .
berkenan ke tak tolak tepi .

tunggu la lagi satu sem , aku abes blaja .
uitm sayang sgt kat aku tu yg kene tangguh lagi satu sem .
tak sabar nak abeskan diploma .
nak rasa jugak alam pekerjaan . 
boleh test market skali . haha 

cukup lah post tatkala hujung2 tahun 2012 ney .
ada masa aku post lagi tahun depan ..

kurangkan gatal , tingkatkan skandal . haha pon boleh la .. 
majulah diri sendiri !






Sunday, 11 November 2012

pemikiran tahap sakai .

takbir satu kali . ALLAHUAKBAR !

bayangkan kita tipu orang , ada tak orang nak percaya kita lagi lepas tu ?
orang sekarang lebih cenderung nak berkawan dengan orang yg lebih kaya , pilih geng yg cun2 dan handsome2 tak pon yg bajet retis bagai tanpa pikir apa manfaat yg kawan kita tu boleh bagi kat kita . 
kalau setakat kawan ramai , tapi time senang je baik tak payah .
nak bajet retis ke lantak lah , sebab aku pon tak amek port orang mcm tu .
aku tak suka orang nak kacau2 hidup aku , lagi2 jenis datang dua tiga bulan pastu mcm sepah dibuang bila madu dah habes . 
sape2 yang terasa , lepas ney jumpa tak payah nak tegur2 bagai lah , tak kuasa nak tegur budak yg bajet hot ney . mampos tak layan dah . semoga bahagia dengan kehidupan alam maya kau okeng ? hahaha

Sunday, 14 October 2012

belas kasihan .

melihat mereka berjalan , sudah cukup buat diri merasa terkesan .
fikiran ta tentu hala , asyik terfikir tentang dia .
makan sekadar mengalas perut , mandi sekadar basahkan rambut .
diri harus sedar , untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelajar .
mungkin belum tiba masa , bagi diriku mengejar soal cinta .
mungkin ada sifat sifat belas kasihan , yg perlu aku tagihkan .

ye . mmg setiap manusia perlukan perhatian .
tidak dilupakan tuhan , malahan dari sebilangan insan .
andai andalah insan demikian , jgn biarkan mereka sendirian .

*ada gaya A. Samad Said pulak bila aku baca .

aku pon na merasa diberi perhatian .
na dapat perhatian keluarga mmg susah la sebab aku duduk nogori , deme semua duduk johor .
so kat sini , cuma ada member2 aku je .
kadang2 na makan rasa forever alone plak sebab jadual masing2 ta sama .
bungkus makan kat bilik la jawabnye . haha

paper food microbiology menunggu untuk di korbankan .
doakan saya kawan kawan :)





Thursday, 4 October 2012

excuse me sir , am I doing it right ?

5.30 in the morning ..

updating my blog after the last post ...
I will sitting for my first paper in less than 2 hours ..
currently doing some past-year Que(s) with paan and haidhar ..
dunno if I can score for this subject csc134 (computer and information processing) or not .
blablabla .. aint talking shit as much as others *maybe not
wish me luckk ! xoxo . hehehe

macam kelaka . kalau perasan diam je . okay


Wednesday, 12 September 2012

get back on track . yeahh !

yeahh . short update menjelang studyweek , and ofcourse final .
sedang menjalani drill quizes , test n assignment .
so far so good , alhamdulillah .
no stress n pressure on my head .


a big smile for myself . wuhuuu !

rasanya aku bole dapat what people dont expect from me . 
even da terlambat . huahua 

Friday, 13 July 2012

motif ?

hai saya adha , izinkan saya menjadi salah satu watak didalam kisah hidup anda ^^

hahaha . aku bukan sesuka hati na sweet sweet bagai ney .
tapi andai ada yg sudi berkongsi jalan hidup sama sama apa salah nye .
semoga cerita kita indah hingga ke penamat .
puii boleh angau orang bila baca .
*ade ke ? kahkahkah !

bosan natang !
hujung minggu ney tade benda aku na buat .
habes keras satu badan duduk bilik .
kalau aku keluar bilik , konfirm habis duit .
kat luar tu berlambak kedai bukak jual makanan bagai .
aku mudah tergoda dekat makanan , tapi tidak kepada perempuan .
meowww ! bunyi gatal sket . hahaha

minggu depan da start puasa .
nampak macam da dekat , tapi tade sape tau yg kita dapat rasa lagi ke ta .
andai ta jumpa lagi , kira kita mati dlm keadaan beriman sebab masih mengingati mati .
harap puasa tahun ney tade yg kantoi .
dengan puasa yg penuh , mesti dapat duit raya .
*jangan bersangka buruk . orang ta puasa penuh pon dapat je okay .
okay gurau . tade niat na sentuh sensitivity orang ^^

okay beta na beradu .
selamat malam :)

Saturday, 7 July 2012

sem baruu ! :D

da dekat sebulan sem baru bermula .
happy sangat sebab dapat jumpa member setelah cuti 2 minggu .
sepanjang cuti duduk rumah ta keje , disamping menghabiskan stok makanan kat rumah aku .
berat badan menunjukkan kenaikan yg positif disamping kulit yg semakin memutih .
tidak dilupakan event KKEC di uitm penang dan juga Kawad 24Jam di uitm perlis .
sejajar dengan cuti , maka terbengkalai lah blog aku ney .
da lame ta update , pastinye jumlah pageview semakin berkurangan .

soal hati usah dipikirkan lagi .
aku happy sebab dijauhkan dari benda benda yang boleh menyakitkan hati kita .
ada orang cakap 'jangan risau ditinggalkan , sebab kita akan dapat seseorang yang lebih baik'
hahaha aku tatau na cakap ape .
bersyukur beb dengan orang orang yang aku kenal sebelum ney , dan pastinya lagi bersyukur dapat kenal dengan ragam orang yang baru dikenali .

soal pelajaran harus dipertingkatkan sejajar dengan pemodenan negara agar tidak ketinggalan . hewhew
sem ney aku amek 6subjek dimana 3subjek first timer , dan lagi 3subjek benda yang sama diambil untuk kali ketiga *STRESSS !
pasal komander kalau aku na pikir sangat pon , buat semak kepala je .
janji aku buat benda yang ta menyusahkan orang lain .
memang aku masuk uitm ney na blaja .
takan disebabkan aku komander , semua masalah aku berkaitan komander je kan ?
aku pon ade masalah lain jugak .
kalau ye pon na guide orang , tolong guide pada benda yg berkaitan je .

sekian semoga sem ney bertambah maju , berjaya , dan tidak ketinggalan kalau didekatkan jodoh , aku terima  seadanya walaupon orang perli 'tiap tiap sem mesti ada orang baru?'
hahaha suka hati aku la na berkawan dengan sape bukan aku hisap dadah pon .

akhir kate majulah pelajar untuk masa depan negara .
tengok budak budak sekarang yang jadah haram , bole tau masa depan negara cemana . kahkahkah

Thursday, 29 March 2012

plastik .

aku tade pon suruh pakai tudung . aku ta pakse .
tayah takut la sampai kau hide gamba kalau kau na bukak tudung ke ape ..
kau hide pon bukan taley nampak pon .
kat atas tu Maha Mengetahui ..
macam budak budak .
ta matang ..
hahaha ..

Wednesday, 28 March 2012

nak balikkk ! :(

ohh ta sabar na balik .
ta sabar na habiskan last paper ney ..
semangat na balik ney bole buat aku na habiskan paper biochemistry nanti dgn cemerlang gemilang terbilang tapaham ...
tapi gap 5hari buat aku makin hilang fokus ..
tetibe marsha nyanyi tungguuu sekejappp ... haha

hanya mampu ketawa .
let people see us happy , although inside you're dying .
cherish your life macam dalam cerita SAW ..
benda yg jadi kita habiskan ..
benda yang da lepas kita lupakan ..
cuba buat post-mortem tingkah laku kita yg lepas ..
mesti bole jadi yg lagi baik ..
dari awal sem1 sampai akhir sem3 , aku tetap ngan diri aku yg buruk ..
biasalah manusia , da buat salah tapi tetap ulang bebanyak kali ..
ade orang bole terima , ade jugak yang taley ..
benda yg kita buat pon kadang kadang jadi persoalan orang ..
bukan mintak famous , da orang yg sebok jaga tepi kain ..

im a nice person , until someone treat me the other way .
mmg susah na bagi kepercayaan kat orang ..
sebab bila da bg kepercayaan buat kite berharap plak .
bile kita da terlalu berharap , kepercayaan kita dimain mainkan ..
dgn member sendiri pon kadang kadang berkira ..
susah la na percaya orang lebih lebih ney ..
aku pon bukan jenis yg na berkawan sgt .
aku bole jaga diri aku ..
bukan sombong , tp kalau ade orang na kawan ngan aku , ta kesah pon ..
yang paling rapat ngan aku kat uitm ney pon dak kelas aku ..
tapi sebab sem ney aku ta byk kelas sama ngan dyorang ..
so agak forever alone sikit .. kahkah ..
bye bye ..

thanks kepada mereka yg bg hadiah ney .. ada masa kita jumpa lagi :D




Sunday, 25 March 2012

jangan putus harapan je yang penting . hewhew :D

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia



Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……


penyanyi asal Imran Ajmain ..
dinyanyikan semula oleh saya tok diri saya sendiri .. 
kahkahkah ! 
damn satu hari ta tido ..
gudluck for MIC 125 !




oh mak kau tokojut dennn !
baik kau diam sekarang ! 
aku na tido pon ta senang ..

*buat muka comel sikit la chacha  :D

Thursday, 22 March 2012

kesukaan .

esok paper third last aku .
paper food engineering yg agak di minati bukan iluminati ..
cuma mampu doa tok diri sendiri selain doa ibu bapa , adik kakak abg serta kawan kawan .
kalau ade kawan yg doakan , mmg the best la kawan korang tuh .
tanak cakap panjang , GOODLUCK tok diri sendiri .

realiti atau fantasi .

na cube yg terbaik , final la katakan . hewhew ..
bobaiiii ! ^^,

Wednesday, 21 March 2012

panggilan homey .

tadi ibu call , bole plak phone ney tanak kuar suara ..
name je smartphone tp haremm ! then ibu call balik ..
ibu tanye la mcm biase .
da makan ke belom , paper ade bape lagi , oke ke ta jawab peiperr ?
*mak aku layan lawak ke der ke ? haha
aku jawab macam biase jugak .
da makan , paper ade 3 lg , jawab oke ke ta ? hmmm .. tatau na jawab ape .
stakat ney semua oke aku jawab .
cuma satu paper ney je .
MATH . macam gampang beb jawab ! tension weyhh !

ibu pon tetibe bukak cerita adek aku dapat 3A 5B tok spm dy ..
aku bangga la sikit .
walaupon result dy lebih kurang aku , tp result dy lg grand dr aku .
aku dulu ade C . dy tade ..
agak loser disitu ..
tahniah tahniah :)

aku cakap ngan ibu , aku da tanak study lg ..
aku na balik batu pahat tercinta , na keje ..
tape la tgk family kite yg len berjaya .
ta baik pon na dengki dengki family sendiri .
aku tgk orang yg aku sayang berjaya pon da cukup la ..

then ibu cakap something yg bukak mata aku ney sikit ..
ibu cakap aku senang putus asa .
hmmm .. tersentap sikit ..
aku tatau dah on what purpose aku study lau asyik gagal je .
ibu suruh aku study betol betol .
jika di izinkan tuhann , aku tetap akan teruskan benda yg aku da mulakan ..
mmg prinsip hidup aku dari dlu .
walaupun ending nye ta segembira yg diinginkan ..
lepas semua tuh , berakhirlah perbualan ktorang ..

30 hb ney aku balik , tgk la rezeki result okay ke ta .
kalau ta , cuti aku di extendkan menjadi selama lamanya .
time to move my ass looking for a job ..
life must go on babehh ..

terasa semangat ibu aku bg tadi , aku terus bukak buku food engine ..
lepas bace , aku kemas almari jap ..
semangat lagi satu , na balik . hewhew .
then , ternampak la jam tangan aku lg satu ..
hmmmm .. jam tangan yg da rosak lepas dua hari aku mintak dari someone balik ..
da siap kemas , text la kejap .
tapi kalau da tanak layan tu , ape lg .. *dapat rasa la ..
takan na terhegeh hegeh plak .
tatau la kalau orang masih marah lg ke ape kan ?
buat buat paham je laa ..
sorry je mampu aku ckp , privacy orang ..




Friday, 16 March 2012

10 things a girl probably doesn't know about a guy .

1. Guys are more emotional then they think, if they loved them truly.

2. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.


3. Guys go crazy over a girl's smile.

4. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.

5. Guys are more emotional than they'd like people to think.

6. Girls are guys' weaknesses.

7. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.

8. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying, "Please come and listen to me."

9. No guy can handle all his problems on his own. He's just too stubborn to admit it.

10. When a guy sacrifices his sleep and health just to be with you, he really likes you and wants to be with you as much as possible ..




Tuesday, 13 March 2012

finally final finale !

da macam kap lam ya nga cakap ta serupa bikin plak tajuk post ney .. hohhh .. 


mgu final da sampai . 
tade benda na cakap . 
nanti keluar semua benda yg aku penat bace .. 
masalah nye ape yg aku da bace ? 
puiii ! sepatah haram pon tade .. 


pointer semakin terok .
dan semakin kurang semangat na skor tetinggi ney . 
kalau sem 1 dulu aku nerd , bole la blaja siang malam . 
tu pon pointer ta sampai tahap 4leper pon ..


sem dua , baru na up . 
join komander , tp dok melang ..
memang terbarai laa na ge kelas walaupon ade bini kesayangan JLG gua tu .
hari hari dok makan kedai , sedap ..
tp duit pon sedapp je mintak bile da abes ..
itee ta mintak ptptn so suka hati itee la na mintak kat ibu itee ..
awokk yg mintak pt pon abes dok berjoli je ..
shame on you !


sekarang aku da sem 3 ..
kene pikir cemane na naikkan cgpa aku .. 
semua tu na menaikkan semangat tok jangka masa sejam .. 
dua jam kemudian , hanya mampu menikmati mimpi mimpi indah atas katil .. 
erghhhh ! ta sedar diri betol yg kau da na kene tendang dari U ney ..
dafuq betol ! scumbag me trying to motivate myself .. 
goodjob . hope everyone see what i did there ..
walaupon ta study .. hewhew ..
goodluck to all friends and dont forget me :D


lupakan masalah pompuan ..
lagi best kalau single mingle couple trouble dribble tribble ..
lupe kan semua yg aku penah ckp . aku da putus asa ..
membuat aku seperti seorang loser ..
but this time im not like a loser but definitely a loser .. 
tayah pikir na buat pilihan , kalau sorang da blah ..
amek jela kekasih gelap ang tu ..
senang kan ? hewhew ..
bitchh puhleaseeee !

i believe that everything happens for a reason . people change so that you can learn to let go , things go wrong so that you appreciate them when they're right , you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself , and sometimes good things fall apart so better things can fall together .





Tuesday, 6 March 2012

hanya kami .

suka betol aku tgk gamba kat blog aku ney ..
especially yang paling atasssss skali nuh ..
bukan ape , tu je la dak laki intake aku yg still survive sampai sekarang .
untuk pengetahuan kitorang merupakan intake 3 komander kesatria uitm negeri sembilan ..
ktorang merupakan intake yg paling sikit stakat ney ..
awal awal dulu yg pegi libk kat uitm segamat ada 13 orang ..
tp yang tinggal skrang ade kurang 9 orang ..
kalau ditolak yg krikk krikk tu cuma 7 orang je yg aktif ..
walaupon ktorang sikit , sekurang kurangnye penglibatan ktorang byk ..
intake yg sikit ney lah walaupon nampak ta kuat , tp mampu menggugat orang len ..
kite satu organisasi dan sepatotnye tade perasaan na boikot intake intake yang lain ..
bak kate pepatah jawa 'if we cannot beat them , we try to join them'
barulah orang lain pandang tinggi ..

*maaf tade gamba jiji , elfy , ecah ngan ijat .. 
tok ecah ngan ijat , kalau rasa tanggungjawab tu blom selesai , korang selesaikan lah .. papepon korang tetap komander :D

Tuesday, 28 February 2012

cuma menyampaikan .

‎antara tanda tanda lelaki yg jatuh cinta ialah -

bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela , bukan kerana terpaksa  . 
sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya & berubah menjadi orang yg kuat bercakap ...
banyak menasihati kekasihnya , kerana dia amat menyayangi kekasihnya .
berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya , kerana perasaan cemburunya .
sentiasa takut kehilangan kekasihnya . ta suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya .
mudah rasa cemburu dan sensitif , apabila kekasihnya ta menumpukan sepenuh perhatian kepadanya . adakalanya dia seperti seorang anak kecil yg meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya memahaminya ..
menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja . pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya ...
muram apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama . sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya , mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .





Saturday, 25 February 2012

doa ibu dan ayah ..

ibuu .. ayahh .
semoga sihat walafiat dalam mengerjakan umrah ..
ta mintak pape cuma doa ayah ngan ibu dari Tanah Suci Mekah ..
tolong doakan anakmu ini jauh dari kecelakaan , maksiat , serta musibah ..
hindarkan perbuatan mazmumah , dan dipelihara dgn perbuatan yg mahmudah ..
tolong doakan kesejahteraan deha , serta kejayaan didunia mahupun akhirat nanti .. byk dosa anakmu ini ..
doakan lah juga kebahagiaan deha , ckuplah dengan melihat ayah dan ibu pulang dengan selamat bersama dgn adik .. tiada muka lain yg dapat buat hati deha gembira melainkan ayah dan ibu serta adek bradek yg len ..
semoga anakmu ini menjadi insan yg soleh dan berjaya .. terima kasih ibu ! terima kasih ayah ! sayang korang ..

I'll thank Allah for open my eyes

jum ikut ! :D